cara mengisi permohonan online dana remaja 2016

assalamualaiikum

 cara mengisi permohonan online dana remaja 2016. dana remaja atau sekarang lebih dikenali sebagai program transformasi anak muda dibawah idana TTB telah dibuka permohonan bermula 15/03/2016. semua rakyat terengganu atau bermastautin lebih dari 10 tahun di terengganu layak untuk memohon. untuk syarat lain boleh rujuk entry syarat dan kelayakan permohonan dana remaja.

memandangkan ada yang bertanya cara mengisi permohonan online dana remaja 2016 jadi aien sertakan totorial bergambar.

1. Buka laman web IDANA TTB
laman web seperti dibawah akan terpapar. Masukan no kad pengenalan anda dan tekan butang semak.


 2. Pilih salah satu program Transformasi Orang Muda yang anda minat. tekan butang permohonan baru. tak kira lah anda dah pernah dapat atau tak. anda wajib isi permohonan baru ini. untuk pengetahuan anda mesti menyertai program yang anda pilih.


 3. Tanda kotak perakuan sebagai penerima syarat-syarat kelayakanyang diyatakan dan tekan butang Saya Setuju.

4. isikan semua maklumat permohonan yang wajib diisi (bertanda *) dan tekan butang hantar permohonan.



5. maklumat pemohon akan dipaparkan.tandakan pada kotak perakuan dan tekan butang Sahkan Permohonan. Notis Permohonan sedang diproses dipaparkan dan tekan butang Cetak Borang Permohonan.



6. Pop-up window dipaparkan. Anda boleh membuka atau menyimpan Borang Permohonan berkenaan dalam fail pdf yang berasingan. anda mestilah print fail tersebut dan hantar kepada J3K kampung anda untuk pengesahan.



1 Komentar untuk "cara mengisi permohonan online dana remaja 2016"

thanks tips nya sangat bermanfaat,, semoga kita selalu diberi kesehatan..

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info