dana remaja dan dana raya untuk rakyat negeri terengganu

assalamualaiikum 

hai semua.. pembaca blog aien ni ada tak yang tempat kelahiran
 nya kat terengganu??  ada lagi ke  yang belum isi borang permohonan 
dana remaja atau dana raya? kepada yang belum isi borang tu.. 
boleh berbuat demikian sebelum 30/8/2014.. borang 
permohonan boleh dapatkan dengan jkkk tempat tinggal korang..


dana remaja dan dana raya ni memang khas untuk rakyat ataupun penduduk
 yang dah bermastautin  negeri terenganu sahaja.. program dana ni
 biasanya akan diagihkan pada musim perayaan. untuk tahun ini dana 
remaja dan dana raya telah start diagihkan bermula minggu pertama ramadhan..
 walaupown tak semua kita boleh beli dengan duit tu.. 
tapi sekurang-kurangnya kita dapat menampung serba sedikit
 untuk membeli barang-barang serta pakaian raya..

untuk dana raya, jumlah yang diterima juga dinaikan. untuk yang berkeluarga,
 ibu dan bapa tungal yang mempunyai tanggungan menerima rm400 berbanding rm300 
tahun lalu.. manakala untuk warga emas serta lelaki atau perempuan 
yang belum berkahwin dan berumur 40 tahun keatas menerima rm300 berbanding 
rm200 tahun lalu.. cuma orang kurang upaya dengan ibu atau bapa tunggal yang tidak
 mempunyai tanggungan masih kekal iaitu rm300.. untuk dana remaja juga masih kekal rm200..

aien dah dapat masa minggu kedua ketiga puasa. jadi boleh lar shoping raya sikit-sikit..
untuk kampung aien hari tu dia buat dua sesi.. sesi pagi untuk penerima dana raya.. sesi petang pula untuk dana remaja.. jadi tak de lar sesak sangat.. baucer jkkk dah bagi awal-awal kat kampung, sehari sebelum nak ambik duit tu.. jadi senang lar sikit.. pergi kat tempat tu just beratur untuk tebus duit je.. 

 kepada yang dah dapat  baucer tetapi belum tukar.. boleh tukar kat bank-bank bsn berdekatan.. tapi kalau yang kerja luar dari terengganu.. boleh je tukar kat negeri lain..
 rasanya minggu lepas kat bsn kemaman ramai lagi yang beratur.. hehe.. nasib 
aien dah tebus awal-awal.. hehehe.. untuk yang ada masalah tak boleh tebus lagi misalnya suami kerja offshore, sakit atau sebagainya.. boleh pergi jumpa dengan jkkk tempat tinggal 
korang mintak borang pegesahan.. lepastu boleh lar isteri pergi ambik..

jangan lupa tau korang.. kalau yang masih belum isi borang tu cepat-cepat lar isi ye.. jangan dekat-dekat nak tutup tu baru nak pergi isi.. tetiba sistem down.. susah plak nanti..


 jom baca pengalaman dana remaja aien:

Permohonan Dana Remaja Dan Dana Raya negeri terengganu 2015 

kursus remaja permata 2014

kursus remaja permata 2014 part 2 

dana remaja dan dana raya untuk rakyat negeri terengganu




13 Komentar untuk "dana remaja dan dana raya untuk rakyat negeri terengganu"

konpem ke leyh tukar at bank luar pd tganu???

yup... blh.. nape awak tak tukar lagi ke?

Taw xlast date tukar ble??

dana raya bila kluar borang

Yg 2015 punya cmne nak aply erk

boleh baca entry aien yang terbaru aien ada jelaskan sedikit.. http://www.aienhermionie.com/2015/05/permohonan-dana-remaja-dan-dana-raya.html

boleh buat prmohonan secara online.

Confim ke blh tukar kt negeri lain?.sb sy duk perak..susah nk balik

nk ty blh xtukar baucer dana raya kt negeri lain?. Sb sy duk perak lening..cmne ea

confirm ke boleh tukar luar trg

Sy duk muar n dpt baucar,leh tukar kt bank muar lh ea?

Sis aien.. Confirm blh ke tukar bsn luar dr trengganu.. Contohnya kl??

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info