program transformasi orang muda


 program transformasi orang muda ini berkait dengan permohonan dana i -TTB yang dahulu nya dikenali dengan nama dana remaja. anda diwajibkan memilih salah satu program dibawah untuk melayakan anda menerima dana ttb. anda boleh memilih program transformasi orang muda ini mengikut minat anda. program-program ini ada mempunyai kouta. jadi cepat-cepatlah isi permohonan dana ttb ni dan pilih mengikut minat anda sebelum orang lain mengambil tempat anda.

Siber Orang Muda (COM)
.COM mengajak orang muda menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan media baru dengan cara yang betul dan beretika. COM memperkukuhkan aspek penyampaian dan penyebaran maklumat dengan lebih berintegriti. COM akan melengkapkan generasi muda dengan maklumat yang tepat dari sumber yang sahih bagi mengelakkan situasi kurang sihat seperti buruk sangka, fitnah dan perang pesepsi negatif. COM digerakkan dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM). 

Saf Orang Muda (SOM)
SOM mahu membentuk orang muda yang berakhlak terpuji serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam yang sebenar. SOM berhasrat mahu melengkapkan kehidupan generasi muda Muslim dengan amal ibadat yang sempurna. SOM memantapkan program keagamaan dengan cara yang lebih berkesan. Program seperti pengurusan jenazah, penyembelihan halal, tadarus al-Quran, tayangan video da Qiamullai boleh dijayakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Islam Terengganu dan Jawatankuasa Masjid. SOM mampu menjayakan prinsip TTB ke-2 iaitu menyemarakkan masjid dan surau sebagai sumber penyatuan masyarakat. 

Jelajah Orang Muda (JOM)
Jom mengumpul dan bakat orang muda dalam bidang permotoran. JOM membuat jaringan positif bersama persatuan permotoran yang bergiat secara sihat dan matang. Dengan kerjasama Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JOM berhasrat untuk membantu menangani isu-isu keselamatan jan raya dengan merangka program-program alternatif seperti konvoi, pertunjukan dan jelajah permotoran.  

Komuniti Orang Muda (KOM)
KOM memupuk semangat kerjasama dan melahirkan masyarakat penyayang di kalangan orang muda. KOM diaktifkan dengan pelbagai program termasuklah gotong-royong, kunjungan muhibbah dan aktivit kemasyarakatan. KOM bekerjasama dengan ramai pihak termasuklah Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kelab Rukun Tetangga (KRT) dan pertubuhan belia. Sesuai dengan prinsip TTB ke-7, Seruan Perpaduan, harapan KOM adalah mahu melahirkan generasi orang muda yang prihatin, cakna dan membina perpaduan unggul di kalangan masyarakat. 

Suka Orang Muda (SukOM)
SukOM meraikan hasrat golongan muda dalam pelbagai lapangan sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, badminton, boling, sukan air dan permainan tradisional. SukOM membentuk generasi muda yang sihat dan cergas betepatan dengan jolokan Terengganu Kuasa Baru Sukan Negara. SukOM menganjurkan pelbagai program berkaitan sukan seperti pertandingan, lawatan dan latihan bagi mencungkil bakat orang muda. SukOM menjalinkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta persatuan-persatuan sukan negeri dan kebangsaan.   

program transformasi orang muda
















0 Komentar untuk "program transformasi orang muda "

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info