assalamualaiikum
setelah hampir 3 bulan blog aien tampa sebarang update.. jadi agak rindu nak update blog... ada tak yang tertanya aien kat mana? aien kat mana? aien sebenar ada je.. slalu je belek-belek blog kawan-kawan.. cuma blog aien je malas nak berupdate.. kenapa malas? sebabnya aien busy memanjang.. jadi bila dah busy tu .. faham-faham je lar blog makin terabai.. tapi bila ingat kembali blog antara sumber rezeki kena gagahkan diri lar update.. ke semua dah lupakan aien? harap masih ada yang sudi baca blog aien ni..
ramai blogger yang bercakap pasal adsense, affiliate dan sebagainya.. tapi aien masih belum sampai tahap tu.. aien biasa-biasa je.. blogger suam-suam kuku katakan..tapi teringin jugak nak dapat macam diorang..
saje je tempek gambor kat sini.. |
Allahamdulillah sekarang dah hampir sebulan aien berkerja sbagai guru ganti di sk Ibok, kemaman.. aien mengajar kat kelas ppki (program pendidikan khas intergrasi) . ni adalah pengalaman pertama aien mengajar. sangat sronok sebab ada kawan sekerja yang sporting dan happening. sentiasa membantu dalam proses PnP kalau aien tak faham.
seronok bila setiap pagi sampai skolah tengok telatah anak-anak pelajar semua. teringat kembali time sekolah rendah. kat ppki tak ramai sangat pelajar jadi proses PnP mnjadi lebih mudah. ada masa aien menjadi seorang guru yang lembut dan baik dan ada kala bertukar menjadi hulk.. tapi kita kan nak yang terbaik untuk mereka.. hehe.. biasa lar budak-budak yang baru nak mengenal dunia.. kalau tidak kita yang menjadi pebimbing meraka siapa lagi.. kesabaran yang tinggi amat diperlukan..
okew lar rasanya setakat ini dulu untuk hari ini.. harap semangat blogging ni kekal untuk kali ni.. kalau tak 4-5 bulan pulak lar update yang baru..
3 Komentar untuk "aku seorang pendidik"
Cikgu mesti banyak idea nak menulis :D
Jadi pendidik memang seronok. Tapi ada cabaran2 nya yang tersendiri. Sbb tu perlu jadi hulk kadang2. Saya pon begitu juga.. hehehe
Tugas pendidik berhadapan dengan karenah kan.
Tapi agak seronok sebab banyak karenah tapi sampai pening plak tau.
Hihi