assalamualaiikum
kursus remaja permata terengganu part 2 adalah sambungan daripada entry sebelum ni. yang masih belum baca boleh baca pengalaman aien di hari pertama dan kedua disini.
untuk hari yang last, rollcall bermula pada pukul 4 pagi. semua peserta berkumpul.. erm ada aktiviti cam kembara malam. masa tu memang aien dah siap-siap ambik air sembayang. lagipun subuh awal masa tu.erm jalan punya jalan.. kami dibawa ke persisiran pantai.
kami dimaklumkan akan menunaikan solat disitu. memandangkan masa tu masih awal jadi sempatlah untuk bertahajud. aien juga tak lepaskan peluang. terasa sayu sangat dengan deruan ombak. mentari belum menampakan cahaya.. jadi kami disinari oleh cahaya rembulan.. first time aien solat dipantai dengan berlapikan sehelai kertas A4. terasa tersentuh sangat hati.. terlintas difikiran. macam mana ye keadaan di palestin sana. solat tak kira tempat , sentiasa dalam ketakutan.. cuba renungkan kembali diri kita.. surau panas sikit merungut dah nak solat, air tak de melengah-lengahkan waktu solat..
selepas solat subuh berjemaah. ada kuliah subuh serta sedikit senaman ringan. lepas dah siap makan semua bermulalah aktiviti LDK. untuk LDK ni faham-faham lar kan mesti ada perbicangan dan perbentangan. lepas tu ada soal jawab yang berkaitan isu semasa. untuk acara penutup memang seronok sangat.. semua peserta sporting.. jom layan gambar..

roomate aien (mieyra) |
akak-akak comel kump 9 |
antara ahli kumpulan aien |
untuk aktiviti last, kami diberi beberapa keping kertas setiap kumpulan.. pastu kena lipat, koyakan sampai lar jadi kecil.. pastu sambungkan, sambung lagi dan lagi sampai semua bergabung.. lepastu kertas yang kita pegang tu dituliskan nama dan tandatangan.. sweet momories..
antara fasilitator yang terlibat dalam menjayakan kursus remaja
permata terengganu dun kijal 2014
en. Ghazali Che Noh mengendalikan satu slot terakhir merangkap fasilitator kumpulan aien.
terima kasih atas segala perkongsian.
tulang belakang dalam menjayakan kursus ini. terima kasih kerana sudi berpenat lelah bagi memastikan generasi baru terus berjuang.
syukur sangat sebabnya segala yang dirancang berjalan lancar.. niat utama aien datang kursus ni adalah untuk belajar dan tengok macam mana cara orang lain memimpin. dari awal lagi memang tak nak memegang apa-apa jawatan.. dalam kumpulan yang besar mahupun kecil. sebabnya nak jadi pemerhati je bagi meningkatkan lagi sikap kepimpinan dalam diri aien, serta mendapatkan input-input yang berguna untuk aien sampaikan pada orang lain. Allahamdulillah.. Allah maha mendengar.. rasa cam smooth je perjalanan sepanjang disana. segala ilmu yang diperolehi akan aien praktikan dalam pimpinan aien ..terima kasih.. daaaaa..
2 Komentar untuk "kursus remaja permata terengganu part 2"
wah seronok pergi kursus ye haha
seronok gak.. sebab jumpa kawan baru.. hehe