KEMAMAN CHENDOL KOPITIAM

assalamualaiikum

PART 1
PART 2 

 Pada 25/01/2014 aien telah dijemput untuk menyertai aktiviti food review di Kemaman Chendol Kopitiam. Pemilik blog cik chubby yang uruskan dengan owner Kemaman Chendol Kopitiam ni. kalau nak tau aien dengan kak hawa ni sama-sama tinggal kat kemaman tapi masa event ni lar aien pertama kali jumpa dengan kak hawa. aien sangat exited sebab nie pertama kali aien berjumpa dengan blogger dan join food review.

https://www.facebook.com/KemamanChendolKopitiam

 Kemaman Chendol Kopitiam ni terletak di jalan utama terengganu-kuantan. sebelah kedai era nona sederet dengan maybank,cimb dan rhb. lokasi yang senang nak cari kalau lalu dari terengganu-kuantan komfirm akan nampak kopitiam ni. kalau tak tau jugak boleh rujuk peta kat bawah.



kalau nak lagi mudah taip je alamat ni kat GPS: Pt 11291 ,Aras Bawah , Taman Cukai Utama ,Fasa 3, 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia

Kemaman Chendol Kopitiam ni dijamin 100% halal kerana encik owner melayu dan semestinya islam. Jadi anda boleh makan tanpa was-was setiap hidangan yang disdiakan. 

waktu operasi : 
sabtu hingga khamis 12 pm - 12am
jumaat 4pm - 12am 

contact no
Mr. Mohd Faizul (019-6034875 / 019-9532003)

kat sini juga menyediakan khidmat tempahan & katering. Jadi kalau nak buat apa-apa event contohnya reunion, birthday, berbuka puasa dan lain-lain bolehlah membuat tempahan awal.

untuk entry kali ini aien hanya akan berkongsi berkenaan lokasi dan suasana dahulu. Manakala untuk menu aien akan berkongsi di entry akan datang. sebab banyak nak cerita pasal menu yang superd best.

dekorasi kopitiam ni boleh dikatakan cantik dan sedap mata memandang. suasana nya yang santai membolehkan kita menikmati makanan yang disediakan dngan tenang.
jom layan gambar persekitaran yang sempat aien snap.


unik kan hiasanya.

bungga sebagai penyeri.

ruang penyediaan air yang terbuka. 

sambil-sambil minum boleh online jap.

 
bersama staf kemaman chendol kopitiam yang mesra dan peramah.

bersama sahabat blogger dan owner kemaman chendol kopitiam



 okew lar. sampai disini dulu aien kongsikan ye.. aien sebenarnya tak sabar nak kongsikan menu-menu yang dihidangkan. tapi memandangkan sekarang dah pukul 1.44 pagi.. aien rasa baik aien berundur diri dulu. 

nantikan review seterusnya die entry yang akan datang okew.

SEGALA TEMPAHAN ATAU KHIDMAT
 KATERING BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN

 Mr. Mohd Faizul (019-6034875 / 019-9532003)








 jom join simple giveaway dari aien : mini calendar giveaway
0 Komentar untuk "KEMAMAN CHENDOL KOPITIAM"

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info