assalamualaiikum..
hai.. panjang betol title tue.. hehe.. hari nie kan.. kat kemaman terengganu ada perarakan semperna maulidur rasul.. ramai sangat yang sertainya.. tapi.. aien x ikut serta pown dalam perarakan tue.. sebab aien keje.. waaaa. sedih sangat.. nak ikot jugak.. memandangkan perarakan tue.. lalu kat depan ofis aien.. jadi aien sempat lar tengok..
macam2 style yang digayakan.. ada yang arabic, ada yang pakai seragam sekolah, baju kebangsaan.. memang berwarna-warni... ditambah pula sepanduk-sepanduk yang penuh dengan mutiara kata.. serta puji-pujian kepada rasulnya.. ada dari pelbagai lapisan masyarakat... dari adik-adik tadika.. hingga lah ke atuk n nenek.. remaja-remaja juga tidak ketinggalan berselawat keatas rasulnya.. dengan penuh semangat.. sunguh comel melihat telatah adik-adik kecil yang berarak sambil mulut tak berhenti-henti selawat di temani oleh guru-guru mereka.. wakil-wakil dari seluruh penduduk kampung serta badan-badan NGO memeriahkan lagi majlis perarakan ini..
apabila terdegar puji-pujian dan selawat.. terasa bersyukurnya berada di bumi terengganu ini.. bumi yang aman dengan pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap penduduk.. menjadikan aien lebih sayang negeri tempat kelahiran aien.. pembangun demi pembangunan yang tercipta.. menjadikan terengganu terkenal diserata.. semoga ALLAH sentiasa mengrahmati pemimpin serta rakyat-rakyat negeri terengganu.. semoga kami sentiasa berada dalam jalan naunganmu YA RABB..
p/s: gambar perarakan akan dikongsi dientry yang akan datang.. sbb gigibiru pc buat hall.. chiiillll!!
0 Komentar untuk "majlis perarakan semperna sambutan maulidur rasul daerah kemaman"