program sukarelawan TTB cegah aedes banteras denggi

assalamualaiikum

program sukarelawan TTB cegah aedes banteras denggi - pada dua minggu yang lepas aien berkesempatan untuk menyertai aktiviti sukarelawan. aktiviti sukarelawan ini dianjurkan bertujuan untuk mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes memandangkan baru-baru ada beberapa kes yang melibatkan deman denggi. program yang aien sertai ini berjalan selama 2 hari. pada hari pertama peserta berkumpul di kem pengakap telaga batin terengganu. sedikit taklimat disampaikan oleh pihak urusetia bagi melancarkan perjalanan program.

peserta sukarelawan TTB dari pergerakan puteri dun kijal dan dun kemasik
sedikit taklimat ringkas

first time join aktiviti sukarelawan bersama bff

sepupu aien pun join aktiviti sukarelawan TTB
pada sebelah malam, program sukarelawan TTB cegah aedes banteras denggi  diteruskan semua peserta sukarelawan dikehendaki hadir ke dewan bagi sesi pengenalan dan motivasi bagi menaikan semangat dan menanam keiklasan dalam melakukan aktiviti sukarelawan. motivasi ini diakhiri dengan aktiviti penyucian jiwa. ye lah kan.. kita nak tolong orang, kita nak bagi bantuan kat orang bukan sesuatu yang mudah. ia memerlukan tenaga yang kuat dan emosi yang stabil.


motivator pertama
motivator kedua
ucapan dan amanat dari kp
orang lain lipat khemah 2 orang je. kita sampai 4 orang.
disebelah paginya pula, peserta dikehendaki mengemas khemah yang digunakan dan berkumpul di dewan untuk pembahagian tugas dan tempat aktiviti yang dijalankan. untuk kawasan pertama aien dan rakan-rakan dari dun kijal ditempatkan di chendering pantai.kumpulan aien mejalankan tugas gotong royong di sekitar sekolah.
wefie dulu untuk kenang-kenangan ( puteri dun kijal )


sempat lagi peace ye yati..
selamat menjamu selera

untuk kawasan yang kedua kumpulan aien bergerak pula ke wakaf mempelam. kat sini lupa pula nak ambik gambar. terima kasih kepada para penduduk yang banyak berikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti sukarelawan ini. terima kasih juga pada semua adik-adik yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyertai aktiviti sukarelawan ini. semoga adik-adik tidak serik untuk menyertai aktiviti program sukarelawan TTB dimasa yang akan datang.

adik-adik dan kakak-kakak puteri dun kijal

selesai tugas untuk kali ini

#sukarelawanTTB
#puteridunkijal
#gengpink
Program sukarelawan TTB cegah aedes banteras denggi
5 Komentar untuk "program sukarelawan TTB cegah aedes banteras denggi"

Tahniah!bagus usaha yang dibuat oleh sukarelawan TTB ni..

Aktiviti yang baik, selain membantu masyarakat, kita pun sihat...

Aktiviti yang baik, selain membantu masyarakat, kita pun sihat...

perlu selalu banteras denggi ni, setiap minggu at least dan perlukan usaha semua

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info