berakhirnya 2015 (wishlist)

assalamualaiikum

cepat betul masa berlalu.. ni dah masuk febuari. allahamdulillah tahun 2015 berlalu dengan  jaya nya.. pelbagai memori yang dicipta. ada yang gembira, ada yang menyedihkan..biasa lar suka duka adalah rencah - rencah kehidupan. ia mengajar erti kita untuk menjadi lebih dewasa dan lebih matang.

ada wishlists aien yang telah terlaksana pada 2015. ada juga yang akan diforward ke 2016.. kalau aien senaraikan disini kesemuanya.. mau muntah hijau pembaca blog aien ni.. jadi adalah sedikit-sedikit yang aien akan kongsikan disini.. untuk tatapan pembaca dan aien kat masa yang akan datang.

check in kat hotel cititel express
wishlist yang paling banyak terlaksana pada tahun 2015 adalah menjelajah malaysia. sebab benda ni adalah hobi aien. jadi bila ada ruang dan peluang tu memang rasa happy dan tak kan aien lepaskan. rasa teruja sangat. tak kira lar walau tempat yang aien pergi tu dekat sangat2 dengan tempat tinggal aien. tapi seronok luangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan n mr. teddy bear. setakat ni tak de lar sampai ke luar negara.. luar negara tu kita foward dulu ke 2016. insyaallah ada rezeki lebih.. kita jalan..

3D art museum pulau langkawi
menjelajah malaysia ni bagi aien bukan perlu join travel jauh2 pun..  dekat-dekat pun dah cukup gembira bagi aien.. janji masa tu kita dapat luangkan waktu dengan family, kawan-kawan n yang tersayang. tu yang paling berharga sebenarnya. alhamdulillah 2015 pelengkap semua negeri aien dah travel dalam malaysia nie kecuali sabah n serawak.. tapi bukan semua tu aien pergi masa 2015.. nanti entry yang akan datang lar kita kupas tempat -tempat yang aien dah pergi.. ada jugak yang aien dah tulis kat entry sebelum2 ni..

pulau perhentian terengganu

selain tu hajat yang dah berkurung-kurung aien forward kedepan.. tahun 2015 hajat tu tercapai.. walaupun tak complate.. tapi tu pengalaman yang berharga. kalau yang pernah ikuti blog aien mesti pembaca tau. hajat tu adalah menjadi tenaga pengajar atau pendidik lebih dekat lagi sebagai seorang guru. walaupun hanya guru ganti.. tapi bagi aien tu dah memadai merasa pengalaman tersebut. baru aien tau betapa sukarnya seorang guru mendidik anak murid yang mempunyai perbagai ragam. ragam yang berlainan setiap hari. menjadi seorang guru mendidik aien menjadi seorang yang penyabar.  tapi dalam sabar tu ada jugak terlepas sikit2. biasa lar marah-marah sayang katakan. kena pandai main emosi tarik tali.  yang paling best walaupun sekarang dah tak jadi guru.. bila jumpa bekas anak murid kat luar.. diorang still pangil cikgu lagi. kadang-kadang suspend jugak sebab ada yang senyum2.. intai-intai pastu tiba-tiba ada orang datang bersalam.. rasa terharu bila ada anak-anak murid yang masih ingat aien. (impian arwah ayah sebenarnya nak tengok anak sulung dia nie jadi cikgu).
bersama anak didik di taman tamadun islam terengganu

wishlist aien yang paling bermakna pada tahun 2015 sebenarnya ialah hadirnya seorang jejaka yang berjaya mencairkan hati setelah lama dibekukan. seorang yang mampu bertahan dan sabar walaupun tau aien ni kuat merajuk,sensitif dan suka buat perangai. terima kasih kerana telah menyerikan hari-hari yang berlalu. semoga segala yang kita rancangkan akan terlaksana pada tahun 2016. rasanya tak perlu kot aien mention kat sini. sebabnya awak tau kan siapa diri awak. sayang saya untuk awak macam mana. manja saya awak je yang rasa. my Mr.teadybear.. apa yang kita sayang mintak Allah jagakan. sebab kita tau kita tak mampu untuk bersama dia 24/7. sesungguhnya jagaan Allah adalah yang paling sempurna.

pantai teluk kalong kemaman (mr teddybear)
setelah berakhirnya 2015.. maka hadirlah 2016. wishlist untuk tahun 2016 aien makin besar dan memerlukan tanggungjawab. semoga apa yang diimpikan untuk tahun 2016 ni akan terlaksana sebaik mungkin. wishlist 2015 yang aien forward ke tahun 2016 juga diharapkan akan tercapai juga. penat dah asyik ford kedepan je. yang paling penting tahun ni kena rajinkan diri update blog. tak faham kenapa tahun lepas boleh tak sampai 10 entry. kena lipat gandakan usaha untuk mencapai wishlist 2016.


sebelum menamatkan entry kali ini, aien ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan wishlist 2015. terima kasih yang tidak terhingga kepada orang-orang sekeliling yang sentiasa support aien. terima kasih atas pengalaman-pengalaman pahit dan manis yang telah mendewasakan aien. tidak dilupakan kepada pembaca-pembaca blog aien yang masih setia dengan blog aien walaupun dah berkurun tak update blog. akhir sekali terima kasih kepada group #BBN yang sentiasa bagi semangat dan tunjuk ajar dalam memantapkan lagi skill berblog.





1 Komentar untuk "berakhirnya 2015 (wishlist)"

slow2 lama2 ke Luar negara lah tu ,.. hehehehe
Good luck :D jom lawat blog saya www.tehaalarh.blogspot.com

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info