goodies bag untuk aqiqah murah

assalamualaiikum

goodies bag untuk aqiqah ni aien sediakan untuk sepupu aien yg baru lahir aisya farhana namanya. baby aisya ni anak sulong pak su. memandangkan aien memang suka bab-bab persiapan goodies nie jadi paksu mintak aien buatkan.

goodies bag untuk aqiqah ni untuk diberi kepada tetamu yang hadir. simple je sebenarnya. walaupun simple tapi renyah jugak nak bungkus bunga rampai untuk 100 tetamu. aien start buat bunga rampai tu malam sebelum majlis lagi. sebab nak banyak kan. kalau setakat nak 20 -30 tu pagi tu pun sempat. tapi sebenarnya kalau nak tau bunga rampai ni kalau kita buat awal bunga rampai tu akan lebih cantik bau - bauan yang kita campurkan  dalam bunga rampai pun bau sebati dan wangi. okew boleh tengok gambar kat bawah penyedian bunga rampai dan goodies bag tu.


dalam goodies bag untuk aqiqah ni aien letakan telur sebiji, kacang dan bunga rampai. simple je kan. tak kisah sikit tapi niat kita nak bersedekah tu penting. nak lebih cantik aien printkan lebel kecil kat kertas warna warni letak nama dan tarikh aqiqah baby aisya. goodies bag ni sangat-sangat sesuai untuk yang ada bajet kecil. ingat tau niat bersedekah tu yang penting.



5 Komentar untuk "goodies bag untuk aqiqah murah"

Cantiknya... Kreatif Aien ni. Boleh jadikan panduan ni bila nak buat untuk kenduri anak akak pula. Tqsm ilmu bermanfaat ni ya Ain ^__^

Kalau orang yang kreatif dan rajin memang boleh buat sendiri, jimat wang

cantik juga tu, yang penting boleh jimat

good idea...boleh tiru...bungga tu la susah sikit nak carik..kene taman bunga kertas

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info