mesin kelim brother 3034D murah

assalamualaiikum

lama sudah kita tak bersua.. aien makin hari makin kelaut mood berblog. sebenarnya dah berbulan beli mesin kelim brother 3034D murah ni. aien beli kat LAZADA. mula-mula tak yakin jugak nak beli. ye lar kalau rosak ke apa mesti susah.. tapi masa tu aien memang teringin sangat nak ada mesin kelim ni. jadi tawakal je lah beli. aien beli masa lazada buat promosi selepas tolak diskaun pastu tolak voucer. ain dapat beli mesin jahit ni dengan harga 9++.. murahkan? sebab harganya kalau kat kedai biasa boleh cecah sampai rm1200. kalau tak caya boleh servey.. hehehe..

masa mula-mula beli mesin kelim brother 3034D murah tu risau jugak takut susah nak guna. tapi dari dorongan kawan-kawan group jahit. tunjuk ajar sifu online berserta totorial kat blog, aien berjaya guna dengan mudah je. kalau anda seorang beginner yang tak tau apa-apa tentang mesin kelim ni jangan risau. sebab cara nak masukan benang mudah je siap ada gambar dah kat mesin tu.

mesin kelim brother 3034D murah ni boleh guna untuk kelim biasa dan kelim halus. jadi tak perlu lar susah-susah nak beli dua mesin.jahitan kelim nyer pun cantik. sangat-sangat teruja. kalau tak pandai setting. boleh je google cara guna. ramai rakan-rakan blogger yang berkongsi. dari pandangan aien bila servey memang ramai yang gunakan mesin kelim brother 3034D murah ni..





masa aien beli tu bungkusan pun okey. cantik. mesin jahit lurus pun aien guna jenama brother juga. sebab senang nak guna. jatuh cinta kat mesin jahit jenama brother. Dalam angan-angan kalau ada rezeki nak mesin sulam brother lak.. p/s: mohon abang hadiahkan kat sayang..


3 Komentar untuk "mesin kelim brother 3034D murah"

Bestnya ada mesin kelim sendiri..Moga lepas ni tercapai hajat nak ada mesin sulam juga.
Setakat ni kalau hal2 jahit menjahit, saya cuma follow fb yang berkaitan...banyak lagi yang kena belajar :(

Brand brother ni memang dari dulu tahan. Tapi dulu mahal sgt mesin ni. Sekarang brother dah keluarkan mesin yang mampu milik, target kepada household, tak macam dulu, target untuk kilang baju je.

assalamualaikum. saya nak tanya, mana nak dapatkan mesin ni ye? tolong balas komen saya dekat cbox blog saya ye. http://fanaaz97.blogspot.my/ terima kasih

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info