travelku ke johor bermula di uitm jengka


assalamualaiikum ..

Travelku ke johor bermula di uitm jengka - bulan lepas aien ada pergi ke majlis kahwin kawan aien.. AYU&MUIZ.. dua-dua ni kawan sekelas aien masa aien ambik diploma kat uitm jengka ni.. memang kami sekelas dari part 1 hingga part 6. jadi memang kenal sesangat lar.. jadi kalau tak g macam tak berapa nak kena lar kan sbb ayu ni kawan sehati aien.. mana boleh tak pergi.. ye dak?


jadi aien dah gerak dari kemaman ke jengka pada hari khamis.. pagi jumaat dalam pukul 8 aien bertolak dari uitm jengka bersama2 kawan-kawan aien iaitu tie, yatt, sue dan suhaimi.. kami sewa kereta alza.. dari jengka akan ke Jerantut dulu sebab nak ambik uyu.. uyu pratikal kat FAMA jerantut dan tinggal kat rumah kakak dia..aien dah ambil ubat tahan mabuk. takut jugak nanti perut ngan kepala meragam.. nanti mesti tak best nak travel.. aien ni makan masa pergi je. pastu balik tak dah.. jadi awal-awal pagi tu memang tidur je lar dalam kereta.. jadi tak borak sangat..


 lepas je pergi ambik uyu.. nak pergi lar ambik sorang lagi husaini nama nya.. kat sini lar bermula detik-detik sadis.. mana tak nya call husaini tak dapat-dapat.. memang banyak kali lar kami call dekat 30 kali kot.. masa hari tu dia cakap nak tunggu kat stesen bas.. jadi tak payah ambik kat rumah dia kat Rumpun Makmur (klu tak silap).. tapi memandangkan call asyik awek omputih je angkat kami buat keputusan pergi tengok kat rumah dia dulu.. masa ni budak2 ni semua dah geram giler dalam kereta.. memang kalau ada kat depan mata.. memang kene penampar tok moh dah.. hahaha.. nasib lar yatt ngan mie dah pernah pergi rumah dia jumpa juga akhirnya..

 sampai tu mie yang turun bagi salam.. pastu ibu si hus yang buka pintu.. rupa-rupanya dia baru bangun tidur.. memandang kan ibu dia jemput masuk rumah.. jadi masuk juga lar sebab nak tunggu hus bersiap.. hus cakap dia ingatkan nak bertolak ke melaka petang ni.. mana tak hangin kitorang.. tapi still cover keayuan sebab pakai baju kurung hehehe..masa kat rumah hus semua still tahan lagi..


tak kira marah banyak mana pun tapi kalau time selfie kena senyum..

lepas je hus siap.. masuk dalam kereta.. suhaimi dah start memandu.. maka letusan gunung berapi pown bermula.. hahaha.. nasib ko lar hus.. siapa suruh ko tak angkat phone..kahkahkah (gelak jahat) aien pown meletuskan lahar jugak tapi tak lama sebab aien kan dah makan ubat untuk travel tu jadi aien sambung tidur.. 

lepas pergi ambil hus kami bertolak pulak ke Lembaga Koko sebabnya suhaimi nak ambik koko untuk projek FYP.. sampai kat sana turus ambil pass pelawat n ke pejabat.. kami tunggu dalam kereta je..suhaimi yang turun.. siapa yang tak pernah pergi kat Lembaga Koko ni boleh lar pergi cantik tempat dia.. sebab ofisnya atas bukit.. memang kita boleh tengok pemandangan yang menghijau.. suhaimi cakap masa tame bungga sakura malaysia haritu  lagi cantik fefeeling korea lar.. aien pernah datang sini masa aien part 4 kalau tak silap.. untuk field trip..

lepas dah ambik koko tu kami singgah breakfast kat hentian plus.. masa tu kul 10 aien breakfast dengan laksa pineng... sekadar mengalas perut.. lepastu kami teruskan travelku ke johor bermula di uitm jengka.. rancangnya akan sampai rumah amir kat shah alam pukul satu dan bebudak lelaki akan solat jumaat kat san.. tapi memandangkan banyak sangat tempat singgah nyer dan kami tak de lar rushing sangat jadi bebudak lelaki berenti solat kat.. kat mana ek.. lupa nama tempat tu.. hehe.. tapi masih dalam highway  karak.. dalam kul 3 kut sampai rumah amir.. makan-makan n solat.. sambil-sambil tu borak ngan family amir.. banyak jugak dapat ilmu tentang penjagaan pesakit high pressure.. geram tengok anak sedara dia tembam pipi..  kami tak lama sangat kat situ sebabnya masa tu dah kul 4 lebih.. takut nanti trafik jem.. lepas semua siap2.. kami pown bergerak ke melaka.. ke melaka, uyu, su, hus naik kereta ngan amir..



kami ke Melaka sebabnya nak tumpang rumah membe-membe yang ambik degree kat jasin tu.. magrib dah rasaya baru kami sampai rumah sewa ayu.. bebudak lelaki duk kat rumah rizal.. masuk je rumah terus g mandi, solat sebabnya nak keluar makan.. okew lar berenti kat sini dulu entry untuk Travelku ke johor bermula di uitm jengka.. nanti kita sambung entry seterusnya makan angin bandar melaka..



p/s: gambar ni semua dari group intelligent.
 jadi kalau rasa cam tak sesuai aku 
paparkan kat sini.. sila pm aku kat fb ye..
tq ye semua..







2 Komentar untuk "travelku ke johor bermula di uitm jengka"

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info