assalamualaiikum
Maaf Jika Aku Tak Sempurna sedang ditayang di saluran TV3
mengantikan drama rindu awak 200%.
Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Melina
adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya
dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa
dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua
ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah
meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak
tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku
antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan
Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri
menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada
bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Baca Novel Online
2 Komentar untuk "Maaf Jika Aku Tak Sempurna - baca novel online"
waah pasti seru nih,,,baca sinopsisnya aja udah bikin penasaran :)
Dah lama tak layan jiwang dengan novel ni