assalamualaiikum
Lagi 4 hari majlis sepetang bersama blogger akan berlansung. mesti ada rakan2 blogger yang tengah buat persiapan kan.. erm aien teruja sangat nak pergi jumpa rakan-rakan blogger yang lain.. erm aien akan bertolak dari kemaman bersama-sama blogger cute kak hawa syazana dan dedeq de wishes serta pencuri hatinya. :p
Dalam pada teruja terselit juga rasa nervous. mana tak nya nie first time join event besar blogger. terfikir juga kat sana nanti ada ke yang nak borak-borak ngan aien. kalau duduk semeja dengan blogger femes apa yang nak diborak. nak borak-borak pasal blog kan tak pandai klu masuk bab-bab seo. kan orang tanya pasal income dari blog macam mana.. sebab yang kita join churp-churp ngan 8 share je nuffang kan tak pernah cash out lagi. kalau bab affiliate jauh pangang dari api lar aien ni.
dah siap ke entry pasal ephyra? kalau belum cepat2 pangil idea datang. mana tau dapat produk epyra secara percuma.kalau perempuan rasanya tak kan lari dari persiapan pakaian.. betol tak?? walaupown just t-shirt n seluar. kene gak buat persiapan kan.. hehe.. rata-rata bila tengok status kat fb biasanya girl2 yang bincangkan. yang lelaki biasa komen. 'saya pakai tshirt kenduri kakak saya je' 'apa susah tshirt kat pasar malam kan ada' 'ala pakai baju tidur je'. hahaha.. lelaki senang je kan memilih. tshirt @ kemeja. slack @ jeans.
Tapi bagi kami perempuan lain sikit difikiran.. nak pakai tshirt n jeans kan macam tak sopan pulak. nak pakai blouse kan sesuai ke? blouse kan banyak jenis. blouse labuh ke? fishtail ke? yang kembang kat bahu ke? kan pakai blose nak padankan dengan apa? skirt ke? palazo ke? skit banyak jenis plak... ke nak pakai dress? eh, kalau pakai jubah pown okew jugak...bila dah selesai bab pakaian. tudung ngan kasut plak.. ada tak beg yang sedondong nie?? hurmm..kepada yang kompius tentang pakaian2 yang disebutkan diatas sila rujuk kat dedeq de wishes nie.. yang belum tau nak pakai baju apa masa SBB nanti pown boleh terus beli.. nanti terus COD masa kat sana.. hohoho.. biasanya perempuan mmg macam nie.. kalau bab pakaian selalu pening kepala.. tapi aien tak maksudkan pada semua perempuan. tapi aien pown segelintir dari mereka2.. hehehe.. tapi aien amik jalan mudah pakai baju kurung moden.. tapi tak tau tang mana modenya.. baju tue dah pakai masa kawan aien kawin hari tue.. tapi sekarang dah edit2 sikit tang kain.. sbb hari tue aien jahit tak berapa menjadi.. tu yang baiki semula. tudung n baju yang akan aien pakai aien jahit sendiri je.. tudung tak g kelim lagi.. rasanya esok baru nak g kelim tepi.. last minit punya pesiapan..
mesti dah ada kan yang siapkan entry auto publish kan.. ye r time hari yang berlansung mesti x de masa nak update entry baru.. jadi mesti ramai yang duk tengah perah idea fikir ebtry utuk auto publish. aien tak buat lagi.. kalau korang nampak ada entry baru pada 7,8 hb mac.. bermakna tue entry auto publish dari aien.. ehhh.. pajang pulak entry kan.. motif yang pertama nak taip dua perengan yang pertama je.. hehe..
okew lar.. aien harap rakan2 blogger yang akan duduk satu bilik dan satu meja dengan aien nanti sudi bertegur sapa dengan aien.. mohon jangan cop aien sombong.. sesunguhnya saya seorang yang peramah. tak kenal maka tak cinta... ohhhhh myyy..... :) ops sebelum tue ada yang baik hati tak?? boleh suport aien untuk kontes MUSLIM NIAGA tak? nak mintak tolong click G+ kat entry tersebut. terima kasih ye.ehh.. lagi satu klu nak chat2 ngan kawan2 yang join #sbb jom donlot apss nie.. http://bit.ly/ChatRoomBlogger bolehh borak2 sampai muntah.. hehe
iQOO 13 Bakal Dilancarkan di Malaysia Disember 2024
2 hari yang lalu
3 Komentar untuk "SBB2014- mengitung hari majlis sepetang bersama blogger"
jom terjah blog syira..ada Ga baru..join tau ^_^
bestnya ain dpt joinnn..hani nk joinn jugak...
Kami pakai baju kurung je. Xde masa nk fikir byk2. Sibuk dgn kerja kat ofis, hal nak kawin ni. Memang belasah jelah apa yg ada. Hehehe, moga kita jumpa dan jadi kawan ye aien