percutian di tasik kenyir terengganu

assalamualaiikum

selari dengan tahun melawat terengganu. jadi aien berkesempatan untuk ke tasik kenyir pada hari raya lepas. sebenarnya cerita ni sudah lama cuma hari ini baru berkesempatan berkongsi sedikit tentang percutian ni.



tasik kenyir ni terletak di kawasan barat daerah hulu terengganu, kalau dari bandar terengganu lebih kurang dalam 55km dari bandar terengganu. tasik kenyir ni terbentuk dari kira-kira 340 buah pulau. seperti yang semua maklum tasik kenyir adalah tasik buatan yang luasnya dalam 260,000 hektar. 


jika anda berada ditasik kenyir. anda pasti akan terpegun dengan keindahan flora dan fauna nya. pelbagai kemajuan telah dilaksanakan disana tampa mencacatkan keindahan tersebut. terlalu banyak yang boleh kita terokai disana antaranya air terjun, gua, taman herba, gunung, jeram, taman rama-rama dan sebagainya. pelbagai spesis ikan air tawar yang ada pasti menarik minat pemancing kesana. saban tahun aktiviti pertandingan memancing pasti akan menyerikan kawasan tasik kenyir.


okew lar berbalik pada cerita aien. aien pergi ke tasik kenyir bersama mok dik, mok ja, tok aki n pokjan jadi 5 orang lah. sebenarnya percutian ni tak dirancang pun. pagi tu mok dik bagi tau nak pergi tasik kenyir sebab nak bawak tok aki jalan-jalan. pastu aien cakap nak ikut dalam pukul 11 bertolak.


kalau tak silap pukul 2 sampai terus ke kaunter untuk dapatkan pakej  sewa bot. banyak juga pakej yang disediakan dan memandangkan aien tak nak bermalam jadi aien ambil pakej yang ke air terjun saok tu. aien sewa 1 bot harganya rm150 tapi kan aien sarankan kalau nak datang ke sini elok lah datang berkumpulan sebabnya bot tu boleh naik 8 orang jadi 150/8 tak lar mahal sangat kan. tapi kalau datang 10 orang boleh je muat bot tu. lepas dah buat pembayaran terus turun ke jeti tunggu turn untuk ke air terjun. sempat lagi tau bergambar.



kalau nak datang bercuti bersama keluarga dan ingin bermalam aien cadangkan supaya sewa rumah bot. bak kata orang yang dekat kaunter pengkalan Gawi tu kita boleh pilih nak tidur di air terjun mana dan bangun di air terjun mana. semua tempat kita boleh round. kalau rumah bot ni kita boleh memasak, mandi,tidur, menonton tv dan bbq.
contoh rumah bot macam kat belakang tu

aien tunggu dalam 10 minit pastu bot yang aien sewa tu tiba kat jeti. ni adalah kali pertama aien naik bot. risau gak takut pening kan.tapi tak pening pun mungkin sebab ni hanya air tasik dan tak berombak-ombak.


apbila sampai kat air terjun saok tu kami terus makan bekalan yang dibawa. memandangkan masa tu adalah raya haji jadi menu adalah daging goreng. menu lain adalah nasi putih, ikan kukus, petai dan kuih muih. memang berselera makan ikan kukus kalau kat kawasan air terjun ni tambah pulak kalau ada budu. tapi kan, budu pulak tertinggal kat kereta. dah lar sebelum tu budu tertinggal kat rumah pastu beli budu dalam perjalanan, bila dah beli boleh pulak tertinggal kat kereta.hehe. lepas makan tu mok ja ajak ke  tandas. adoii menapak juga lar ke tandas yang berada kat atas. dah lah tinggi naik tangga ketor kaki.

 permandangan dari tasdas. hehe
 lepas dah pergi tandas tu terus ambik short cut turun belah ni sebab malas nak menapak kat tangga yang agak tinggi tu. jadi lepas turun terus terjun kat air. aien just mandi kat bawah je sebab tok aki tak larat nak naik atas. kat sini pown dah best tau..kat sebelah kiri tu ada air terjun tapi terlupa nak snap sebab dah syok mandi. dinasihatkan supaya pakai jaket keselamatan walaupun anda seorang dewasa.

bil dah nak balik tu aien sempat jugak mandi air tasik. kalau nak tau air tasik ni rasa cam suam-suam sedikit amat terasa segar bila dah sejuk-sejuk mandi air terjun terus berendam dalam air tasik. serious tak tipu memang cantik lar permandangan air tasik dan persekitarannya.



dalam pukul 5 kami bertolak pulang ke kemaman. memang best, lepas ni merancang nak pergi satu keluarga besar sewa rumah bot. mesti lagi seronok kan bercuti bersama keluarga. 

selamat tinggal tasik kenyir nanti kami pasti datang lagi.
6 Komentar untuk "percutian di tasik kenyir terengganu"

besnya..xpenah g sana lgi utk bercuti!

Bestnya jenjalan. Saya dok je rumah hmmm sedih. Btw scam tue apa ekk ?

best2.. kalau pergi ramai2 lagi best.. :)

erm aien memang suka jalan2. nanti boleh ajak membe2 pergi.. mesti best..

boleh baca tentang scam kat sini..
http://budaknewbie.blogspot.com/2008/09/apa-itu-scam.html

Seronoknya ^_^ x pernah sampai sana lagi..huhu

seronok tau.. dapat mandi air tasik.. aien pergi ni air terjun yang paling dekat ngan jeti.. banyak lagi yang boleh teroka kat sana.. :)

 
Copyright © 2014 aien hermionie - All Rights Reserved
Template By Catatan Info