assalamualaiikum
lama dah tak update blog kan.. ada ke yang perasan??kalau tak perasan buat-buat je lar perasan.. hehe.. minggu lepas kawan sekolah aien kawen... kawan masa form4 n form 5.. kawan aien ni yang lelaki tu.. syahrul.. sebenarnya kan isterinya tu sama sekolah aien jugak.. sama umur.. tapi kelas lain.. aien kenal jugak lar sikit-sikit dulu.. tapi tak tau pernah bercakap ke tak.. sebenarnya sangat excited bila syahrul ni kawen.. sebab dia member lelaki yang first kawen dalam kelas aien.. masa form 5 dulu tak ramai sagat lelaki.. ada dalam 9 org kalau tak silap.. korang semua ingat tak lagi hari last spm.. kita cele8 kat kfc ramai2.. dengan kek aiscream yang yummy.. pastu beterabur dengan snow2 putih yang korang picit.. pastu air tumpah... ops..hehe..
ehh.. bukan nak cerita pasal nostagia.. ni nak cerita pasal wedding shahrul.. okew lar.. aien dapat jemputan dari shahrul kat inbox fb..dia jemput aien 9hb.. agak terkejut juga mula-mula tu.. betul ke.. sebab tak de plak dengar2 yang dia nak kawin.. tapi aien tau yang dia dah bertunang.. hehe.. tengok kad jemputan.. owhh.. hetul lar.. hehe..
masa dapat jemputan ni.. fikir gak nak g ngan siapa.. sebabnya mak su aien dah kawen.. tak kan nak g sorang-sorang..malam tu call tun.. tanya dia nak g ke tak.. dia cakap nak g.. tapi skrg dia praktikal.. jadi kena mintak kebenaran kat supervisor dia nak balik awal.. pastu dapat tau yang rabi balik.. rabi ni keje kat hospital temerloh.. memandangkan majlis hari rabu, hari selasa tu aien call rabi tanya nak g ke tak majlis kawen syahrul.. nasib lar aien call ari selasa... sebanya dia ingat majlis tu hari jumaat.. hehehe.. borak punya borak.. kami putuskan yang nak gerak kul 3.30 sbb tun nak mintak keluar kul 4.. pastu boleh lar aien g cari hadiah dulu..
pada hari kejadian, hari rabu tu.. lepas zohor aien bersiap lar slow2.. pastu tun plak masej yang dia tak leh balik awal... jadi aien n rabi plak tak tau nak g ke tak.. sebab segan jugak.. ye lar majlis dah r rumah perempuan.. pastu duk main balas masej ngan rabi.. rasa cam dah tak nak g.. masa tu aien dah siap.. saja malas nak tukar baju lagi.. tup2 dah kul 4.. tun masej yang supervisor dia bagi plak balik awal.. huhu..agak geram kat sv dia tu.. boleh plak wat main2.. dah lar agak jauh nak g ke bandar.. huhuhu.. jadi aien ngan rabi terus gerak lepas tu.. sian rabi dia ni pregnant.. tapi dia yang bawak kereta.. huhu.. aien tak retiiiii..
sampai kat kemaman.. tun cakap suh tunggu kat masjid yang dekat padang astaka tu (lupa nama) sebab dia nak pergi belikan hadiah dulu.. masa duk tunggu tun tu.. chat ngan shahrul kat fb tanya dia majlis habis pukul berapa? sebabnya masa tu dah kul 4.40pm.. pastu shahrul cakap majlis dah habis.. masa ni aien rasa cam kelakar sangat.. serius hanya mampu gelak kuat-kuat ngan rabi dalam kereta.. aien tanya lagi syahrul.. boleh lagi ke nak pergi? haha.. dia cakap datang lar.. boleh borak-borak sebab dah tak ada orang.. lepas pada tu.. terus pergi ambik tun dan pergi kat majlis tu..
boleh pulak salah rumah.. kami bertiga siap turun dah dari kereta.. rupa-rupanya rumah shahrul tu depan sikit lagi.. kat situ tempat masak-masak je.. dengan muka selamba.. terus masuk kereta gerak depan sikit.. kalau pergi majlis kawen mesti lar kena snap2 gambar kan.. jom tengok gambar pasangan yang sweet ni.. pelamin dia cantik sangat dengan hiasan bunga-bunga segar...
gambar kat bawah ni aien culik kat page weeding photographer shahrul.. cantik kan...
credit to : LaChentaPhotography
p/s: shahrul n scha thanks tau sebab sudi terima kunjungan kami walaupown dah lewat petang.. selamat pengantin baru semoga awak berdua kekal until jannah dan jadilah pasangan yg saling melengkapi dah diredhoi Allah. cepat2 dapat baby yeee.. hehehe.. nanti kalau kami kawen datang tau... :)
7 Komentar untuk "selamat pengantin baru shahrul & scha"
cantikkk lah..sepadan jer :)
cantik gileee pelamin die... hee..
blogwalking sini.. :)
Cantiknya pengantin......
cantik pelamin dia aien....
selamat menjadi pengantin semua. hehehe
cantiknya pelaminn :)
ingatkan felixia yeap dah kawen.muka pengantin perempuan macma felixia la