assalamualaiikum
erm majlis kawin anak datuk MB dah tak lama dah seminggu je lagi..
tapi baju aien masih tak potong2 lagi kain nya.. huhu.. bila nak potong ni.. mood
menjahit bertebangan lagi masih duk terawang-awangan lagi..
kan tak sempat siap habis r..haha..
semalam masa meeting nama aien ada kat bahagian pegang bunga maggar.. adoii...
malu nyer.. mesti ramai giler orang kat majlis tu... mampu ke???
malam ni atau esok kene balun jugak potong .. tak leh tangguh-tangguh lagi...
pola dah ada.. cuma nak potong je.. nanti nak jahit tudung lagi..
tema warna peach biru..
peach kosong ni tudung.. yang bungga2 tu semestinya untuk buat baju..
comel tak?? lembut kainya..
semalam masa meeting kan.. kelakar betul.. ila pengerusi tanya
yang lelaki dah siap jahit ke belum baju melayu.. ada yang
jawab poket depan tak jahit lagi..tengah sembat lar.. tak siap
tikam leher lar.. hahaha.. memang kelakar..
doakan aien jahit baju ni cepat-cepat yer..
0 Komentar untuk "jahit baju untuk majlis kahwin"